Masa kita perlu sangat nak guna, masa tu la jugak dia buat hal fb fan page tu. Tetiba la plak dia meragam. So jawabnya saya kena la update site ni dulu sebab biasanya saya update fan page terlebih dahulu.
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita melangkah ke tahun 2012 dan meninggalkan tahun 2011 ini. Banyak pengalaman pahit manis suka duka yang dilalui sepanjang tahun ini dan mudah mudahan apa yang anda lalui semuanya manis manis belaka terutama sekali pada klien-klien saya yang dah mengompomkan diri sebagai suami isteri sepanjang tahun ini.
Saya sendiri melalui bermacam-macam perkara dari segi komitmen juga peribadi dan merasakan sudah tiba masanya untuk saya dan team EZphotography mengorak langkah untuk berevolusi dalam usaha memberikan yang terbaik untuk masa depan EZphotography dan yang paling penting untuk anda semua. Wah skema kuikuikui…
Wokey lah..dah cukup la tu saya membebel. Meh sini saya kongsikan job terakhir saya untuk tahun ini iaitu majlis perkahwinan Sh Maswan dan Dewi yang berlangsung pada 9 hingga 11 Disember baru baru ini. hasil pencarian wedding photog mereka melalui www.kahwinmall.com, dengan izin Allah akhirnya mereka memilih untuk menghubungi kami. Setelah beberapa kali berurusan melalui email, akhirnya persetujuan dicapai selepas kami bertemu secara emergency di Kota Kinabalu pada hari ketiga raya Aidilfitri baru-baru ini
Sejujurnya, majlis perkahwinan mereka berdua pada saya adalah yang paling best untuk tahun ini. Majlis yang diadakan walaupun cukup sederhana tetapi sangat sangat sangat meriah. Ditambah lagi dengan ahli keluarga mereka yang sangat sangat happening menjadikan majlis tersebut penuh dengan kegembiraan dan hilai ketawa yang membuatkan saya juga KERING GUSI sebab ketawa banyak sangat..orang selalu kata tak kering gusi sebab ketawa tapi gusi saya kering kalau banyak sangat ketawa huhuhuh. Lebih-lebih lagi bila ahli keluarga pengantin melayan kami seperti sebahagian daripada ahli keluarga mereka juga.
Ba..dah banyak sangat saya membebel nih. Mari saya sajikan anda sedikit kenangan majlis perkahwinan antata Maswan dan Dewi yang berlangsung bermula pada 9 Disember hingga 11 Disember baru baru ini. Sedikit sebab gambar yang diambil adalah terlalu banyak kuikuikui..Bila FB fanpage tu dah ok sok, saya akan share sebanyak yang mampu sebab seriously saya rasa macam nak masukkan semua ja kuikuikui.
Plus…for the first time ever, selain daripada gambar hitam putih yang dapat anda lihat, basically semua gambar Maswan & Dewi ini dipersembahkan tanpa sebarang perubahan tone warna seperti yang biasa anda nampak pada gambar gambar sebelum ini. 95% gambar datang terus dari kamera kami dan ini adalah sebahagian daripada “EVOLUSI” EZphotography yang bakal anda temui dalam hasil kerja kami akan datang insya Allah.
Walaupun ini dilihat sangat berbeza daripada semua hasil kerja kami sebelum ini, kami akan sentiasa berusaha untuk memberikan hasil yang terbaik dengan cuba untuk membawa suasana dan emosi anda kedalam gambar-gambar kami demi memastikan setiap memori bahagia tersebut dapat dirasai bila-bila masa setiap kali anda dan sesiapa sahaja yang melihatnya.
Enjoy































































Fuhhh..tu pun dah nampak banyak kan? Takpa, kita tunggu fanpage saya untuk kembali stabil dan saya akan post lebih banyak lagi. tak sabar nak kongsikan semuanya pada anda semua
Pada Maswan dan Dewi, working with you guys is a whole lot new experience. And you guys are so natural in front of the camera, so easy to work with. The way you guys hold on to each other really shows how deep your love is for each other. And Maswan, you are absolutely hilarious my friend. You just make this thing happened with your flow and sense of natural humor. You guys really make our days blooming with laughter and smile every time we are working together. Thank you so much for making us as part of your special day….
Looking forward to see you guys soon. Cheers..
zsuperc